Hanya window shopping…

SEKADAR window shopping sahaja. -GAMBAR HIASAN (totempool.com).
HASHNAN ABDULLAH
ISU sama yang dihadapi oleh rata-rata peniaga dalam talian (online) adalah jumlah lawatan (trafik) ke kedai online cukup banyak, tetapi tiada pulangan.
Ramai yang teruja untuk memasuki kedai online tetapi mereka lebih kepada tindakan `window shopping’ sahaja. Tiada satu pun produk kita yang dibeli.

TERUJA tetapi bukan untuk beli. – GAMBAR HIASAN (stocksy.com).
Jawapan pada isu tersebut adalah iklan yang kita buat sama ada berbayar atau percuma itu telah berjaya, tetapi kedai online kita itu gagal merangsangkan sebarang pembelian.
Penyebab utamanya berkaitan dengan gaya copywriting yang kita buat. Ia sepatutnya berkisar tentang bagaimana kita menjual produk yang boleh mewujudkan perasaan keinginan dan keperluan dalam diri pelanggan.

PEGANG sahaja kad (debit-kredit) tetapi tiada keinginan atau keperluan. – GAMBAR HIASAN (hermoney.com).
Ia tidak ada kaitan dengan tema kedai online, produk jualan, harga atau iklan.
Tetapi faktanya, kita tidak menjual idea yang para pelanggan memerlukan produk jualan kita.