Ikut sasaran, bukan syok sendiri

sumber: PINTERPandai
HASHNAN ABDULLAH
MENULIS copy writing untuk produk atau perkhidmatan yang kita jual, bukanlah suatu yang payah. Semua maklumat ada pada produk itu.
Jadi, copy & paste sahajalah maklumat tersebut dan lepas itu, tekan butang publish di platform media sosial pilihan kita.Β Senang kan!
Namun begitu, bolehkah cara itu mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan ? Pelanggan yang sinonim dengan produk jualan itu, mungkin boleh, tetapi agak sukar kepada yang selain itu,
Ini kerana, gaya penulisan sedemikian menunjukkan sikap kita yang tidak ambil peduli. Apa yang penting, upload produk di platform media sosial, dan tunggu order sahaja.
Sepatutnya, gaya penulisan kita perlu fokus kepada kemahuan pelanggan. Cara itu perlu supaya kita dapat meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan yang kita mahukan.
Antara langkah itu adalah memberi tumpuan kepada aspek manfaat produk atau perkhidmatan yang kita jual itu kepada mereka.
Penerangan tentang manfaat itu perlu dibuat sejelas mungkin. Elak guna patah perkataan yang boleh menimbulkan kekeliruan berpanjangan.
Dalam masa sama, penerangan tentang manfaat itu perlulah disertakan dengan pandangan pakar atau diiktiraf oleh organisasi yang dipercayai umum.
Selitkan juga testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati. Tetapi, testimoni itu perlulah ditampilkan dengan penulisan yang tidak menimbulkan keraguan seperti penggunaan foto dan identiti ringkas pelanggan itu.
Bagaimanapun, kekuatan utama sesuatuΒ copy writing bergantung kepada aspek headline (tajuk). Ini kerana, tulisan itulah yang akan pertama kali dilihat oleh pelanggan.
Tarikan tersebut mungkin kerana info yang ada pada tulisan copywriting itu menepati apa yang dicari oleh pelanggan selama ini,
Justeru, pemilihan perkataan-perkataan yang menarik mampu menjadi magnet untuk pelanggan membaca keseluruhan copy writing yang kita tulis itu.
end.
.