Lima perkara perlu ada dalam penulisan Copywriting

PENULISAN copywriting mudah jika mengetahui caranya tetapi jangan ada unsur-unsur menipu. – GAMBAR HIASAN (hitdigital.my)
ILMU asas penulisan copywriting (penulisan berulang) adalah antara elemen penting dalam bidang pemasaran digital atau perniagaan dalam talian (online).
Ini kerana, ia menjadi penentuan sama ada pelanggan akan tertarik atau tidak untuk mengetahui produk yang dijual. Tambahan lagi, produk yang dijual bukanlah bersifat `rare’ atau sukar diperolehi.
Justeru, bagi memastikan produk jualan kita mendapat tempat di mata dan hati pelanggan, terdapat lima perkara asas yang perlu ada pada penulisan copywriting kita.
Pertama adalah tajuk. Ia sangat penting kerana menjadi perkara pertama sama ada menarik atau menjauhkan pelanggan daripada produk jualan.
Tajuk dalam copywriting boleh ditulis dalam pelbagai bentuk iaitu persoalan, manfaat, penyelesaian masalah ataupun bersifat emosi.
Kedua, intro (pembuka bicara). Ini adalah aspek pengenalan (info) tentang produk jualan. Ia boleh ditulis dalam pelbagai cara tetapi perlu elak menulis khusus tentang produk itu.
Sebaliknya, ia dimulakan dengan testimonial sebenar pengguna, mengetengahkan masalah utama yang diselesaikan oleh produk tersebut atau mengetengahkan elemen unik (point selling) produk tersebut.
Perkara ketiga adalah kesinambungan dari perkara di atas (intro) kerana di tahap inilah, penjual boleh menampilkan aspek ciri-ciri, kelebihan dan faedah tentang produk jualan kita.
Di tahap ini juga, penjual boleh menampilkan pengiktirafan pihak berkuasa berkaitan terhadap produk jualan supaya ia lebih diyakini oleh pelanggan.
Keempat adalah antara elemen yang popular digunakan oleh penjual iaitu tawaran istimewa. Ia datang dalam pelbagai bentuk seperti diskaun harga, kupon, dapat beli produk lain atau ada hadiah lain.
Malah, ia juga boleh ditampilkan dengan menimbulkan sense of urgency supaya pelanggan bertindak untuk buat tempahan dengan tawaran terhad dengan masa, kuantiti terhad dan lain-lain.
Terakhir adalah bukan hanya penentu sama ada pelanggan tertarik mahu membeli atau tidak , tetapi juga sejauh manakah urusan pembelian atau pertanyaan lanjut mengenai produk itu menyenangkan pembeli.