Blog

OPTIMUMKAN MEDIA SOSIAL DALAM BISNES

HASHNAN ABDULLAH.

ASPEK pemasaran digital cukup penting dalam dunia perniagaan hari ini. Ini kerana, produk jualan dan perkhidmatan masa kini bukan lagi beredar dalam komuniti tertentu.

Justeru, tidak hairanlah Bazar Kreatif Usahawan Anak Muda Kota yang diadakan di tingkat empat, Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini tidak hanya menyediakan tapak niaga tetapi kelas pemasaran digital secara berterusan.

Kelas secara percuma yang dikendalikan oleh iQP Solutions itu menekankan aspek pendedahan teori dan juga pratika secara optimum kepada usahawan yang berniaga di bazar berkenaan

2+1…kelas pemasaran digital tidak hanya secara bersua muka tetapi juga dalam talian di Bazar Kreatif Usahawan Anak Muda Kota di Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terbaru, syarikat pembelajaran tersebut menganjurkan kelas empat hari bermula Jumaat lalu yang memberi tumpuan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial dalam perniagaan.

Dengan bimbingan dan pengalaman Fasilitator Pembelajaran Profesional syarikat itu, Mohd. Zulhazri Azmi (Coach Zul), berjaya memupuk minat dalam di kalangan peserta yang hadir.

Mohd. Zulhazri Azmi (Coach Zul).

“Rata-rata yang datang ke kelas anjuran kami, memang mengetahui kepentingan media sosial itu, tetapi mereka gagal mengoptimumkan penggunaan platform tersebut.

“Sepanjang empat hari itu, peserta bukan hanya  telah memahami, tetapi mengetahui bagaimana untuk memaksimumkan kelebihan platform tersebut,” katanya yang juga tenaga pengajar utama kelas itu.

Pengisian kelas empat hari ini adalah memaksimumkan penggunaan Facebook (FB) dan Instagram (IG), buat duit di Shopee atau Lazada, Whatsapp Warrior dan Funnel Marketing, dan Copywriting dan membina grafik.

CUKUP…ruang kelas yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menangani penyakit Covid-19.

Bagi memastikan usahawan anak muda sekitar ibu kota tidak terlepas kelas tersebut, sesi pembelajaran tersebut tidak hanya dijalankan secara dalam tetapi, juga luar talian.

Pihak penganjur kelas itu juga turut memuatkan naik rakaman setiap kelas dalam Group Whatsapp usahawan bazar tersebut.

Dalam masa sama, Mohd. Zulhazri turut menasihatkan para usahawan agar mengelakkan penggunaan strategi menipu dalam perniagaan online mereka, khususnya yang menyentuh harga, stok, kualiti produk dan sistem penghantaran (shipping).

“Selain hilang keberkatan Allah SWT, tetapi ia akan menimbul rasa curiga di kalangan komuniti pembeli terhadap perniagaan Online.

“Ia satu kerugian besar jika kesangsian itu terus berleluasa,” katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam membimbing usahawan dalam pemasaran digital.

ANTARA produk yang dijual di Bazar Kreatif Usahawan Anak Muka Kota di Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, beliau berkata, tidak perlu mengelirukan para pelanggan dengan memalsukan aspek harga, stok dan kualiti produk.

“Laku atau tidak produk kita bukanlah perkara utama tetapi bina kepercayaan akan memberi kesan yang positif kepada perniagaan kita untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

Post Comment

Open chat
Salam..
Apa Admin Boleh Bantu?