Kopi Tomaq warisan keluarga

Category: .
Share:

Description

Kopi herba yang dimodenkan.

 

 

HASHNAN ABDULLAH

KOPI Tomaq bukanlah antara jenama minuman kopi yang asing di Kangar, Perlis.  Kopi herba itu telah disebarluaskan oleh kafe Food Zone Kangar sejak tiga tahun yang lalu.

Minuman kopi herba tidak hanya di minum secara santai tetapi turut menjadi pilihan mereka yang menjamu selera di kafe yang turut menghidangkan pelbagai jenis masakan panas dan sea food.

Ternyata dengan populariti tersebut, pemilik kafe dan kopi herba itu, Mohd. Aliph Ahmad Pauzi, 36, mula merancang untuk memperluaskan pasaran minuman berkenaan di seluruh negara.

“Ketika mula-mula perkenalkan kopi itu, saya agak bimbang kerana bila sebut kopi herba, semua orang akan kata, ia pahit rasanya.

“Tetapi masa itu, saya akan modenkan kopi warisan keluarga tersebut dengan campuran perisa Hazelnut, dan alhamdulillah hingga kini, minuman tersebut sudah boleh diterima,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru -baru ini.

Kopi herba ada perisa Hazelnut.

Mohd Aliph memberitahu, langkah beliau tersebut adalah bagi memastikan ia menepati selera semua lapisan masyarakat umum  dan juga membolehkannya bersaing di pasaran.

“Kopi Tomaq ini adalah tujuh jenis herba dan dibuat untuk menambah imuniti badan seseorang untuk kekal sihat dan bertenaga.

“Jadi, adalah suatu yang rugi jika kopi seperti ini hanya diminum oleh orang tertentu sahaja dan atas sebab itulah tampil idea untuk masukan perisa hazelnut serta menggunakan bijian kopi terbaik.

“Saya, mahu kopi herba itu lebih primium dan lazat apabila dihidangkan. Sesuai diminum bagi lelaki dan wanita,” katanya lagi.

Turut menggunakan bijian kopi yang berkualiti.

Sejajar dengan kekuatan jenama tersebut, Mohd. Aliph telah memuat naikkan minuman kopi herba tersebut dalam platform pemasaran digital bagi membolehkan ia dinikmati oleh semua orang.

“Saya percaya kat Malaysia ini ada ramai peminat tegar kopi dan  harap kopi herba Tomaq turut menjadi pilihan mereka,” katanya.

Note: Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi Mohd. Aliph di talian 011-2746 2742.

end

 

Edit this from Woocommerce About Brand Tab
Edit this from Woocommerce Shipping & Delivery Tab